Salam kepada pembaca...
Mungkin anda familiar dengan ayat ini...
Bercakap pasal hutang, semua orang segan SEBAB hutang adalah peribadi. Tetapi apa lah yang kita nak malukan dengan hutang, kita buat hutang sebab kita takde duit. Jangan ingat orang yang kurang duit sahaja yang buat hutang, orang yang banyak duit juga akan buat hutang (malah lebih banyak). So hutang sana, hutang sini adalah perkara biasa kan....?? Biasa tak??.. Saya pun buat hutang juga.... (Mungkin anda pernah dengar perkara ini: Besar periuk, besarlah keraknya kan? So kalau periuk kecik? ada kerak ke takde? CUBA TEKA...hehehhe)
Kebanyakan dari kita semua, kita berani buat hutang, tapi tak berani bayar. Tapi yang paling best sekali, ramai orang buat buat tak tahu macam takda hutang...Taknak bayer ler tuhhh... Hutang dengan manusia, dengan bank atau dengan siapa2. Hutang di bawa mati kan...! Hutang ngan manusia pun ada interest! Along...Tak sure lak kalau hutang ngan Angah! So...Apalagi ngan bank
Macammana? Dengan manusia, kita boleh off hp, pindah rumah, tukar address. Tetapi dengan bank, kalau kita lari, bank kejar, malah diberikan berjambak-jambak bunga lagi sebagai hadiah sebab lari dari bayar hutang?
Camana? Saya nasihatkan walaupun hutang kita satu sen dengan sesiapa ( pihak ketiga samada bank, kawan, rakan, sedara mara), Kita mesti ada satu semangat mencari "persetujuan bersama" atau " Compromise Settlement" dalam membayar hutang. Jangan buat-buat tak tahu sahaja sebab kita akan terkejut sehingga sampai suatu masa nama kita telah naik dan tidak berpeluang bercuti bersama keluarga bersama Tambang Murah Air Asia ke Medan.
Marilah kita sama-sama ringankan beban hidup kita dengan mencari jalan penyelesaian terhadap membayar hutang yang kita buat ( samada atas kesilapan sendiri, tertipu atau sesak). Kita harus bertanggungjawab sebab itu adalah NAMA kita. Jadi, carilah jalan untuk CLEAR KAN Nama anda...Tapi..jangan sekali-kali buat hutang untuk bayar hutang, sampai bila-bila pun kita takkan kaya kalau ada hutang. ( Itu nasihat dari orang kaya kepada saya).
JADI...Semangat untuk membayar hutang adalah perkara yang terpuji kerana bukan semua orang BERANI menangani masalah yang dibuat sendiri kerana ramai orang buat tak tahu yang sebenarnya mereka mempunyai masalah! Kata seorang Tok Batin "Acceptance of a problem is the first step in problem solving. Sebab itu orang gila sukar disembuhkan, sebab dia takkan mengaku bahawa dia gila."
HUBUNGI saya untuk menstruktur semula hutang kad kredit anda. Improve cashflow. Beban kurang. Jimat interest. Fikiran tenang.
Selamat Membaca!
korek lubang tutup lubang
ReplyDeletepercaya atau tidak cara buat duit paling cepat ialah dengan melangsaikan hutang2 kita...in sha Allah , Allah akan melapangkan rezeki sesapa yang berhutang patu bayar balik.
ReplyDelete