Kadang-kadang saya pernah terfikir, jika saya ada duit in bulk, saya ingin bayar gedebuk untuk credit card saya. Tetapi adakah ianya akan menjadi reality? Bila dah dapat duit, segedebuk pun tidak di bayar, malah, saya pergi shopping dan berfikir nak beli itu dan ini. Banyak sangat berfikir, hari berganti hari, bulan berganti bulan... dan saya masih membayar hutang card credit as minimum payment, and sometimes, together with late payment charges, tak pun terus menggunakannya sebab masih ada banyak lagi available balance. Tak tahulah bila nak habis. Tanpa arah tujuan, saya terus menerus membayar minimum payment dan memakai seperti biasa. Bayar-bayarlah sehingga tak larat? betul tak? Tetapi ada ketika hari dan waktu, bila tersedar? Hmm..sampai bila saya kena bayar hutang camni? Tension lah terusss....
Inilah penyakit, asyik fikir terlalu besar, tanpa disedari hutang juga membiak, makin lama, outstanding balance makin besar, makin besar, nak bayar gedebuk sayang pulak duit.
APAKAH CARA TERBAIK YANG SAYA DAH LAKUKAN?
-Saya BERHENTI BERFIKIR
-Saya buat EPP
-Saya bayar mengikut jangkamasa tertentu
-Apabila saya lihat statement saya, saya nak CLEAR kan BILL saya tanpa melihat satu sen pun baki tertera
-Saya terus bayar sehingga SETAHUN, hutang saya pun habis dan saya sudah POTONG itu card. TETAPI ada juga kad yang saya simpan untuk emergency. Hutang dalam kad yang sekarang pun tidak seperti dulu. Saya telah mempunyai kesedaran bagaimana untuk menguruskan kewangan saya
-Sekiranya saya ada duit in BULK, saya akan invest the money to make more money. Itu yang sepatutnya.
-Kalau kita ada pilihan untuk membayar hutang secara mudah dan berkesan, lebih baik kita lakukannya dari mencari wang dari sumber lain ( secara pukal) untuk membayar hutang. Ini kerana wang itu tidak bergerak dan hanya mati di situ. Wang yang bagus, sekiranya wang itu boleh digerakkan untuk menjana lebih banyak wang.
SOALAN?
Adakah mengambil wang dari CARD CREDIT ( withdraw money from your credit card is good for business? )
- This is not really a good idea, because everytime you withdraw, the charges is quite high. Its 5% from your withdrawal.
-LEBIH baik kita jangan sekali-kali ambil tahu NO PIN semasa mendapat credit card. Lupakan NO PIN itu. kalau nak guna, gunakanlah credit card sahaja.
-Semoga kita tidak berbelanja lebih dari kemampuan kita. Contoh yang saya beri disini. Gaji saya hanya 1 RIBU. Tetapi Hutang Credit Card saya sudah ada 5 Ribu. JADI, Saya telah berbelanja 5 bulan in advanced berbanding dengan gaji saya. Saya sepatutnya berpuasa dari membeli belah selama 5 bulan.
-Implikasinya, saya tak mampu nak bayar hutang, saya tension dan menyesal pun ada. Tapi Ini semua salah saya kerana tidak berhati-hati ketika berbelanja.
-CARA TERBAIK
-Kita guna credit card sebab kita taknak bawa cash. Thats fair. Oleh itu lepas kita guna credit card untuk shopping, then kita masukkanlah cash itu secepat mungkin untuk membayar balik hutang terpakai. Barulah credit card kita selamat.
No comments:
Post a Comment