Wednesday, November 4, 2009

TIPS UNTUK PEMEGANG CREDIT CARD YANG GIVE UP!

Salam, ketika ini saya berada di sebuah negeri yang penuh bersejarah tapi bukan Melaka.... Sambil duduk di Kopitiam dan hujan renyai-renyai. Dengan perut yang kosong dan lapar bersama Think Pad yang setia dan malap hampir-hampir habis battery. Saya terfikir.. akan masalah-masalah pemegang credit card yang give up..

Give up dengan hutang-hutang lapuk kerana ramai antara kita hanya mampu membayar bunga sahaja...tidak kepada pokok. Makin lama, makin banyaklah bunga-bunga itu berkembang sehingga bau nya amat menjengkelkan dan bakal memahatkan nama kita di sanubari bank....Maka bank akan rindu dan terus menelefon....

Janganlah give up dengan hanya cancel credit card atau hutang tanpa membayarnya. Hutang mesti di bayar kerana itu adalah tuntutan wajib bank. Jika hendak cancel make sure anda telah membuat pembayaran full kepada bank. Jika tidak, bunga akan berkembang berkali-kali ganda sehingga memberi bau yang akan membuat anda sesak nafas sehingga anda memerlukan oxigen dari bank-bank lain.

Apakah beza antara ACTIVE? BLOCK? CANCEL?

BLOCK-Sekiranya anda terlambat membuat bayaran 45 hari. Untuk active kan balik, anda perlu CALL bank dan bertanya jumlah bayaran yang akan dibuat untuk pengaktifan semula.

CANCEL-CANCEL kalau buat FULL settlement OK. Tapi kalau dah sampai tak larat nak bayar, nak biarkan takdir menentukan, bunga credit card tetap akan beranak pinak sehingga berganda2. Mungkin 6 kali ganda dari credit limit anda dalam beberapa tahun.

CARA YANG PALING BAIK NAK BUAT FULL SETTLEMENT, make sure tiada 1 sen pun baki di dalam credit card anda. SEBAB, 1 sen akan beranak pinak dalam beberapa tahun menjadi 10 ribu. Sebaik-baiknya, sekiranya sudah confirm FULL SETTLEMENT, CALL BANK, confirmkan. Black and White letter to fax to the bank saying NO BALANCE ON Credit Card. I declare to cancel my card! (In written).

Hasil Nukilan 11:35PM
-Sha-

No comments:

Post a Comment