Wednesday, November 4, 2009

MENGAPA ANDA DI DALAM KELOMPOK BLACKLISTED?

Akan datang article seterusnya, yang saya ingin tulis disini. TUNGGUUUUU......

Seperti yang dijanjikan, saya akan cuba huraikan apakah yang di maksudkan dengan BLACKLIST? Adakah nama anda sudah menjadi blacklist?

Ramai di antara kita agak risau, malu dan takut sekiranya kita tersenarai dalam blacklist. Jadi apakah maksud blacklist?

Blacklist adalah apabila nama anda disekat untuk mendapatkan kemudahan-kemudahan tertentu dari mana-mana organisasi.
Dalam hal ini, ialah blacklist kepada bank. Perkataan yang digunakan 'blacklist' amat berkesan sekali sehingga menimbulkan rasa malu dikalangan kita. Kadang-kadang, apabila kita menjadi blacklist, bukan salah kita. Jadi apa yang hendak di malukan?

Mengapakah kita menjadi blacklist kepada bank?
-Pastinya ada urusan-urusan dengan bank dari segi kewangan kita yang masih belum selesai
-card credit yang tidak di bayar
-menjadi gerentor/penjamin kepada kawan, sedara-mara, sahabat handai
-tidak bayar personal loan
-Cara kita membayar hutang tidak begitu tepat pada masanya sehingga nama kita disenaraikan dalam CCRIS dan CTOS
-Bila bank call, tidak angkat telefon
-dan sebagainya

IMPLIKASI KEPADA SI BLACKLIST?
-Bank tidak mahu kawan dengan anda lagi
-Bank juga tidak mahu memberi pinjaman kepada anda ( Kereta, Rumah, Personal, Credit card)
-Bank akan cuba menuntut apa-apa berkaitan dengan harta anda

JADI APA PERLU ANDA BUAT?

1) Anda mesti mempunya NIAT untuk clearkan balik nama anda dari tersenarai hitam
2) Anda pergi berbincang dengan bank, tanyakan apakah yang perlu di buat bagi clear kan nama anda
3) Setelah itu, bank juga boleh dibawa berbincang. Tunjukkan kesungguhan anda yang anda tidak lari dari hutang. ( Ini juga termasuk penjamin yang menjadi mangsa setelah menolong rakan taulan dan sedara-mara)
4) Anda boleh clearkan nama anda dengan mempunyai rekod pembayaran yang baik.


KAD CREDIT ANDA?
1) Mungkin anda menghadapi masalah untuk membayar minimum payment kerana ianya terlalu tinggi sehingga anda tidak boleh commit. Jadi apa yang perlu anda lakukan?

2) Segeralah RESTRUCTURE HUTANG ANDA kepada EPP supaya anda dapat membayar secara lebih berdisiplin di samping memperbaiki CREDIT RECORD ANDA.

3) Saya berikan contoh mudah, sebelum ini saya bayar RM 350 sebulan sebagai MINIMUM PAYMENT kepada bank untuk segala hutang credit card saya. TETAPI setelah saya restructure, saya ada target untuk langsaikan hutang saya selama setahun. Saya mempunyai FLEXIBILITY untuk membayar dari RM50 kepada RM 350 sebagai FULL PAYMENT mengikut kemampuan saya.

4) Oleh itu, BANK akan lihat pembayaran saya adalah tepat dan credit record saya akan pulih walaupun saya bayar RM 50. Jadi apabila saya dapat bonus, saya boleh bayar segala baki yang terdapat di dalam bill credit card saya.

5) Record di CCRIS / bank negara juga akan pulih sekiranya pembayaran lebih berdisiplin selama 6 bulan. MAINTAINLAH CREDIT RECORD YANG BAIK KEPADA BANK ANDA. Sebagai balasannya, BANK AMATLAH berterima kasih kepada anda dan akan memberi peluang anda membuat pelbagai lagi jenis pinjaman. BAGAIMANA ? SUKA? Terpulanglah kepada anda agar dapat membuat pertimbangan yang betul serta BIJAK dalam menguruskan kewangan anda!...


Semoga Berjaya!!!..

-Sha-

1 comment:

  1. Tpi mcm mne plk hutang dh dibyr hbis kesemuanyr,sblom tu mmg sy bt byran tk cntik,smpai 1thun sy tk tk byr,las sy dpt 1 surat twaran dri aeon skira nye sy tidak byr pada skian2 hri byr bki dgn hrga loan asl..jika tidak byr,dia akn kuar kn surat peguam bla bla2..sy pon dh lupa ap lg dia tulis...jdi kbtulan mse tu sy ad duit,sy byr semuanyr baki y aeon nk kn...ok settle hutang..selepas 2 3thun tu,sy nk bt ap2 loan dgn bank msti kne rejact..sbb blacklist nme...

    ReplyDelete